
MOBILITI PASAR RAYA.
13 Mei- Bagi melengkapkan Penilaian Alternatif Sekolah Menengah (PASM) untuk murid-murid Berkeperluan Pendidikan Khas pada tahun ini, satu program telah dirancang iaitu Program Mobiliti Pasar Raya bertempat di Aeon Ayer Keroh.
Mobiliti Sosial di Pasar Raya adalah suatu Mobiliti sosial pergerakan dalam struktur sosial iaitu pola-pola tertentu yang mengatur organisasi/kumpulan/ dalam suatu kelompok sosial.
Dengan bersosial dalam masyarakat mencukupi sifat-sifat hubungan sesama individu dan hubungan antara individu dengan masyarakat. Justeru itu, anak-anak ini belajar 'hidup' dengan berinteraksi dengan sesama rakan dan orang luar amnya...
Di samping itu anak-anak belajar berhemah bijak dalam berbelanja dan mempraktikkan ilmu matematik yang mereka pelajari. Nilai tambah, tolak, darab dan bahagi dalam perbelanjaan.
Alhamdulillah, objektif program tercapai...
*Pengarah Program:Cikgu Syukriah Abd Shukor. *