• Main
  • News

Tiramisu & Creme Brulee.

Tiramisu & Creme Brulee.

TIRAMISU & CREME BRULEE.

14 Mei- Telah selesai Kursus Pendek Asas Pastri kali kedua pada hari ini, kerjasama bersama Politeknik Merlimau. Hari ini anak-anak mempelajari membuat Tiramisu & Creme Brulee.

Kursus ini merupakan salah satu pra syarat untuk anak-anak kami layak kelak akan Sijil Kemahiran Malaysia.

Hadir sama dua pensyarah Politeknik Merlimau iaitu En. Muhammad Raslah Aiman bin Mohamad dan Pn. Siti Norizan bt Hassan selaku tenaga pengajar hari ini.

Terima kasih atas curahan ilmu kepada kami pada hari ini.

Objektif program:

1) Memberi peluang kepada MBPK untuk menjalani kursus asas pastri dengan kelengkapan yg lengkap serta tenaga pengajar yang berkemahiran tinggi dari luar.

2) Membina hubungan jaringan dan kolaboratif bersama dengan pihak Politeknik Merlimau.

Tahniah kepada semua murid dan guru-guru pastri PPKI SMK Seri Mahkota. Pulang rumah nanti, bolehlah cuba jaya bersama ibu ayah. Pasti menjadi kebanggaan keluarga...

TERIMA KASIH, POLITEKNIK MERLIMAU...


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592