
FUN RUN MPSM 2025.
Pada tanggal 14 Jun 2025, SMK Seri Mahkota telah menganjurkan satu acara istimewa iaitu Fun Run MPSM Peringkat Sekolah.
Program ini adalah anjuran bersama Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Objektif utama acara ini adalah:
1) Memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga sekolah.
2) Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.
3) Menambah baik pengumpulan markah PAJSK sedia ada.
Acara dimulakan seawal jam 7.40 pagi dengan sesi taklimat dan senamrobik yang dipimpin oleh guru Pendidikan Jasmani. Ternyata para pelajar begitu teruja menyertai program ini.
Sebaik sahaja wisel dibunyikan, peserta mula berlari mengelilingi kawasan sekitar sekolah dan padang sekolah sejauh 4 & 6 kilometer. Ada yang berlari pantas dan ada juga yang hanya berjalan santai sambil bergelak ketawa bersama rakan-rakan.
Kelihatan semua murid cukup semangat dan ceria sepanjang larian berlangsung kerana dapat bersama-sama beriadah dengan guru.
Program ini dicatatkan dalam PAJSK peringkat kebangsaan.
Syabas kepada semua murid dan guru.
"LARI PECUT SEPENUH TENAGA,
MENGEJAR IMPIAN JADI JUARA,
SUKAN SATUKAN KITA SEMUA,
TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA."
"HARUM SUNGGUH BUNGA KEMBOJA,
DISUSUN DARA DARI TITI,
SUKAN MEMBENTUK SEMANGAT WAJA,
SENTIASA CERIA MINDA TELITI."
Semoga warga,...
SERI MAHKOTA TERUS MAJU JAYA & CEMERLANG!
#smkserimahkota
#teamPJsmkserimahkota
#funrun2025
#funrunMPSM2025