• Main
  • News

Sukan Balapan Dan Padang.

Sukan Balapan Dan Padang.

SUKAN BALAPAN DAN PADANG.

14 Jun- Sukan Balapan dan Padang merupakan salah satu acara dan temasya tahunan yang dinanti-nantikan oleh warga sekolah.

Ia memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan bakat dalam acara sukan serta memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan.

Melalui penganjuran sukan balapan dan padang, murid bukan sahaja dapat membina kecergasan fizikal, malah turut diterapkan dengan nilai murni seperti semangat juang, disiplin dan hormat-menghormati.

Sukan juga menjadi platform menyatukan seluruh warga sekolah dalam suasana yang penuh ceria dan bermakna.

Begitulah juga buat warga SMK Seri Mahkota. Salah satu temasya yang ditunggu-tunggu oleh semua murid saban tahun.

Telah berlangsung pada 14 Jun (Sabtu) dengan jayanya kali ke-51, Kejohanan Balapan dan Padang SMK Seri Mahkota tahun 2025.

Kali ini, tema yang dipilih ialah agen penghantaran.

SYAHBANDAR(BIRU) - LAZADA.
LAKSAMANA( MERAH) - NINJA VAN.
TEMENGGUNG (HIJAU) - GRAB.
BENDAHARA (KUNING) - FLASH.

Lebih manis dalam temasya kejohanan kali ini, majlis perasmian kejohanan dirasmikan oleh Pengusaha Dak Lin Celup Tepung, Puan Haslinda binti Musa.

Dalam ucap tamanya, beliau mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada semua atlet rumah sukan yang bertanding.

Beliau juga turut menyarankan semua murid terus bersemangat mengejar pelbagai kejayaan di dalam semua aspek sama ada kokurikulum, kurikulum serta berketerampilan sahsiah tinggi.

Akhir kata, pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan temasya kejohanan sukan balapan dan padang SMK Seri Mahkota tahun 2025.

-Puan Haslinda binti Musa.
(PENGUSAHA DAK LIN CELUP TEPUNG)
-Barisan Pentadbir.
-PIBKS
-PIBG SMK Seri Mahkota.
-Alumni SMK Seri Mahkota.
-Koperasi SM Seri Mahkota Berhad.
-Kantin SMK Seri Mahkota.
-Pengusaha gerai jualan.
-Orang perseorangan.

-Pegawai-pegawai Kejohanan.
-Pengurus-pengurus Rumah Sukan.
-Guru-guru SMK Seri Mahkota.
-Ibu/bapa/penjaga Murid SMK Seri Mahkota.
-Murid SMK Seri Mahkota.

Serta,..

Individu yang telah menyumbangkan tenaga dan buah fikiran bagi menjayakan program ini.

Kita berjumpa lagi pada tahun hadapan. Insya-Allah...

#sukansekolah2025
#smkserimahkota
#pibgsmkserimahkota
#pibks
#alumnismkserimahkota
#majulahsukanuntuknegara


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592