
MAJLIS PELANTIKAN PEMIMPIN MURID 2025.
Bacaan ikar:
"Kami, pemimpin murid yang dilantik, berikrar akan menjalankan tugas dan tanggungjawab kami dengan penuh amanah, berdisiplin, berintegriti dan dedikasi. Kami akan menjadi contoh yang baik kepada semua murid dan sentiasa menjunjung nama baik sekolah kami."
Itulah ikrar yang diungkapkan dengan penuh rasa amanah dan tanggungjawab. Berat bahu yang memikul berat lagi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.
Alhamdulillah telah selesai Majlis Pelantikan Pemimpin Murid SMK Seri Mahkota bagi tahun 2025 pada pagi jumaat yang penuh barakah.
Majlis dirasmikan dengan penuh kesyukuran oleh Pengerusi PIBKS daerah Jasin, En. Mohd Fozi bin Jaus. Beliau mengingatkan kepada semua pemimpin murid di sekolah agar sentiasa bersungguh-sungguh mencari ilmu, berakhlak mulia, mentaati ibu bapa dan guru.
Turut mengiringi beliau, En. Azni bin Ahmad selaku Naib PIBG SMK Seri Mahkota.
Pihak sekolah juga mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran beliau bersama-sama meraikan pemimpin murid SMK Seri Mahkota dan jutaan terima kasih sekali lagi atas sumbangan kepada Unit HEM sebanyak RM 1000 dan RM 500 kepada badan pengawas sekolah.
Semoga sumbangan yang diberikan dapat direalisasikan dengan pelbagai aktiviti yang dapat membina jati diri murid kami.
Buat Tuan, semoga Allah permudahkan segala urusan Tuan sekeluarga dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin...
Terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan semua yang terlibat menjayakan majlis pada hari ini...
-Badan Pengawas Sekolah.
-Badan Pengawas Pusat Sumber.
-Pemimpin Rakan Sebaya.
-Pengawas SPBT.
-Pengawas PPKI
-Ketua Tingkatan SMK Seri Mahkota.