• Main
  • News

Plc Rancangan Pengajaran Individu (rpi)

Plc Rancangan Pengajaran Individu (rpi)

PLC RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

Program : PLC RPI.
Tarikh : 25 Jun 2025.
Tempat : Bengkel Pastri PPKI SMK Seri Mahkota.

Peserta:

- PPKI SMK Seri Mahkota.
- PPKI SMK Sungai Rambai.
- PPKI SMK Simpang Bekoh.

Penceramah:

1) JU RPI Melaka Tengah - GPK Pendidikan Khas SMK Pernu, Cikgu Nor Hasliza.

2) JU RPI Jasin - Cikgu Hasnida, Guru PPKI SMK Tun Syed Zahiruddin dan juga merupakan Pengerusi Kelab Kebajikan Guru Pendidikan Khas Merlimau.

3) JU RPI Jasin- Cikgu Yuzana, Penyelaras PPKI SK Seri Mendapat.

4- Penolong PPD, Unit Pendidikan Khas Puan Norashikin Abu Hassan.

PLC: Professional Learning Community merupakan satu komuniti pembelajaran profesional di mana guru-guru bekerjasama secara berstruktur untuk menambah baik amalan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pencapaian murid yang memfokuskan kepada penyediaan, pelaksanaan, dan PENAMBAHBAIKAN Rancangan Pengajaran Individu (RPI) murid pendidikan khas.

Tujuannya termasuk:

1-Membantu guru pendidikan khas berkongsi kepakaran dan strategi penyediaan RPI.

2- Menyemak dan menilai keberkesanan pelaksanaan RPI.

3-Menyelaraskan intervensi dan aktiviti berdasarkan keperluan individu murid.

4- Meningkatkan kualiti dokumentasi dan pelaksanaan RPI.

Tahniah kepada semua... Semoga terus sukses dalam penyediaan RPI yang terbaik...


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592