• Main
  • News

Program Transisi Kerjaya.

Program Transisi Kerjaya.

PROGRAM TRANSISI KERJAYA.

PROGRAM : LAWATAN PENANDA ARAS:PTK- MERCU KEMENJADIAN MURID.

TARIKH: 16 JULAI 2025.

HARI: RABU.

ANJURAN: SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) & SEKTOR PENDIDIKAN KHAS, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI MELAKA.

LOKASI: PPKI SMK SERI MAHKOTA &

KERJASAMA PTK: NORAZLINA CAFE, PULAI, MERLIMAU, MELAKA.

Seramai 25 pegawai yang hadir diketuai oleh:

1-Pn. Solehah binti Misron, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Kemanusiaan BPKHAS KPM.

2- Pn. Sabarlah binti Mohammad Nor, Ketua Penolong Pengarah Unit Hal Ehwal Murid Berkeperluan Pendidikan Khas, KPM.

3- Wakil-wakil BPKHAS KPM.

4- Wakil-wakil Sektor Pendidikan Khas setiap negeri.

5- Pegawai-pegawai Pendidikan Khas, PPD.

Objektif Program Transisi Kerjaya MBPK Sekolah Menengah:

1- Mempersiapkan murid menghadapi alam pekerjaan dan kehidupan berdikari.

Membantu MBPK membina kemahiran asas bekerja, kebolehan menyesuaikan diri serta kecekapan sosial untuk menjalani kehidupan pasca persekolahan secara berdikari.

2- Mengenalpasti potensi, minat dan kekuatan murid dalam bidang kerjaya.

Memberi pendedahan awal kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mengenalpasti kebolehan dan kecenderungan murid terhadap kerjaya yang sesuai dengan kemampuan mereka.

3- Membangunkan kemahiran insaniah dan kemahiran vokasional.

Melatih murid dengan kemahiran asas seperti pengurusan masa, komunikasi, kerja berpasukan, kebersihan diri dan kemahiran vokasional yang relevan dengan keperluan industri.

4- Mewujudkan jalinan kerjasama dengan agensi luar dan komuniti setempat.

Menjalin hubungan strategik dengan pihak luar seperti syarikat, industri, agensi latihan kemahiran, NGO dan komuniti bagi menyediakan peluang latihan dan penempatan kerja.

5- Meningkatkan kesediaan murid untuk menyertai program pendidikan lanjutan atau latihan kemahiran.

Memberi sokongan dan bimbingan kepada MBPK dalam membuat pilihan sama ada menyambung latihan kemahiran, pendidikan lanjutan atau terus ke alam pekerjaan.

6- Membimbing ibu bapa/penjaga dalam merancang masa depan anak-anak mereka.

Memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa tentang peranan mereka dalam menyokong peralihan anak ke alam pekerjaan dan kehidupan berdikari.

Terima kasih kepada semua yang sudi singgah di 'Teratak Seri Mahkota' dan Norazlina Cafe yang menjadi 'sahabat' kami dalam Program Transisi Kerjaya untuk murid-murid Pendidikan Khas.

Semoga Lawatan Penanda Aras ini memberikan manfaat kepada semua hadirin yang hadir.

#ppkiserimahkota
#ppkimelaka
#bpkhaskpm
#ppdjasin
#ppkimelaka


About Us

  • SMK Seri Mahkota

    Official Page For SMK Seri Mahkota, Umbai Melaka MEA 1072 Tel : 06-2619262 Fax : 06-2617592