
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK MILO.
PROGRAM : JOM MINUM MILO.
TARIKH: 14 OGOS 2025.
MASA: 9.00 PAGI - 11.30 PAGI.
Pihak SMK Seri Mahkota ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Milo yang sudi menaja minuman berkhasiat buat warga SMK Seri Mahkota pada hari ini.
Kehadiran Milo ke sekolah bukan sekadar menghilangkan dahaga, malah membangkitkan semangat dan tenaga untuk terus melangkah dengan cergas dan ceria.
Hidangan ini bagaikan hadiah mesra, membawa senyum di wajah dan memberi rasa syukur di hati.
Terima kasih Milo...
Pantun:
Air Milo pekat terasa,
Manisnya cukup, segar di minda;
Budi tuan kami tak lupa,
Akan dikenang sepanjang masa.
Bunga melati harum mewangi,
Tumbuh subur di tepi titi;
Terima kasih tidak terperi,
Budi Milo kekal di hati.
#serimahkotamajujaya
#serimahkota
#milomalaysia
#terimakasihmilo