• Main
  • News

Tahniah.team 90+ Taskforce Kehadiran Anak Mahkota.

Tahniah.team 90+ Taskforce Kehadiran Anak Mahkota.

TAHNIAH."TEAM 90+ TASKFORCE KEHADIRAN ANAK MAHKOTA."

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Norhayati binti Abdul Samad, Pengetua SMK Seri Mahkota atas kejayaan meraih Tempat Kedua sebagai pembentang Program Kolokium Amalan Terbaik Pengetua Guru Besar (PGB), Program Residency dan Immersion (PRIME) peringkat negeri Melaka 2025 yang telah berlangsung pada 22-23 Julai 2025 bertempat di Auditorium SJK (C) Bachang, Melaka.

Puan Pengetua telah membentangkan kajian bertajuk: “TEAM 90+ Taskforce Kehadiran Anak Mahkota” yang menampilkan inisiatif berkesan dalam meningkatkan kehadiran murid SMK Seri Mahkota.

Kejayaan ini membuktikan keunggulan kepimpinan Puan Pengetua dalam memacu kecemerlangan sekolah serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik dan komuniti sekolah.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang idea, tenaga, dan dedikasi demi kesejahteraan pendidikan negara.

“Tahniah Puan Pengetua, kejayaan ini milik kita bersama!”

"Kehadiran Diperkasa, Kecemerlangan Dimahkota."

"Kehadiran anda dinanti, Kecemerlangan Menyusuli."

#serimahkotamajujaya
#jpnmelaka
#ppdjasin
#tahniah