• Main
  • News

Sebut Harga Perkhidmatan Kantin

Sebut Harga Perkhidmatan Kantin

SEBUT HARGA PERKHIDMATAN KANTIN
SMK SERI MAHKOTA SESI 2025 – 2027.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah membuka tawaran sebut harga perkhidmatan kantin bagi mengurus dan mengendalikan operasi kantin SMK Seri Mahkota untuk tempoh sesi 2025 - 2027.

Pembekal/Pengusaha yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan sebut harga dengan syarat-syarat berikut:

1- Menyediakan makanan dan minuman yang bersih, halal, berkhasiat dan berpatutan harganya.

2- Mematuhi segala peraturan Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Kesihatan dan pihak sekolah berkaitan pengurusan kantin.

3- Menjaga kebersihan kawasan kantin sepanjang tempoh perkhidmatan.

4- Mengutamakan keselamatan serta kesihatan murid dan warga sekolah.

Sebut harga hendaklah dikemukakan kepada Pejabat SMK Seri Mahkota sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

Sila rujuk iklan di bawah.

Sekian, terima kasih.