• Main
  • News

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Antara Smk Seri Mahkota

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar Antara Smk Seri Mahkota

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR ANTARA SMK SERI MAHKOTA & KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM).

TARIKH :28 OGOS 2025.
TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR KPM AYER MOLEK, MELAKA.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan bola tampar SMK Seri Mahkota yang telah menyertai Program Perlawanan Persahabatan Bola Tampar menentang pasukan Kolej Profesional MARA (KPM) pada 28 Ogos 2025 bertempat di Gelanggang Bola Tampar KPM Ayer Molek, Melaka.

Kejayaan dan semangat kesukanan yang dipamerkan membuktikan bahawa warga SMK Seri Mahkota bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah turut menyerlah dalam bidang kokurikulum.

Penyertaan murid-murid yang juga merupakan ahli Kelab Serkam Volleyball Club (SVC) di bawah bimbingan jurulatih berpengalaman, En. Ishah Efendi bin Bakar, jelas menunjukkan disiplin, komitmen dan kesungguhan yang tinggi dalam mengharumkan nama sekolah.

Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin untuk terus meningkatkan prestasi, memperkukuh semangat berpasukan dan melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Syabas dan tahniah diucapkan!

SMK Seri Mahkota terus unggul, menjulang kecemerlangan.

#smkserimahkotamajujaya
#BOLATAMPARSMKSERIMAHKOTA
#1suara1matlamat