• Main
  • News

Tabung Infaq Pembaikan Gelanggang Serbaguna Smk Seri Mahkota.

Tabung Infaq Pembaikan Gelanggang Serbaguna Smk Seri Mahkota.

TABUNG INFAQ PEMBAIKAN GELANGGANG SERBAGUNA SMK SERI MAHKOTA.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pihak SMK Seri Mahkota dengan rendah hati melancarkan Tabung Infaq Projek Pembaikan Gelanggang Serbaguna demi memastikan kemudahan sukan sekolah dapat digunakan dengan lebih selesa dan selamat.

Sumbangan yang diperlukan ialah RM 10,000 (Sepuluh ribu).

Gelanggang sekarang tidak selamat digunakan kerana telah mengalami kerosakan teruk dengan keadaan yang pecah dan berlubang memungkinkan kecederaan murid jika digunakan.

Tujuan utama projek ini adalah untuk:

1-Menyediakan gelanggang latihan yang lebih baik khususnya bagi sukan bola tampar.

2- Menyokong pembangunan bakat dan potensi murid dalam pelbagai bidang sukan.

3-Memberi ruang kepada warga sekolah dan komuniti untuk beraktiviti dengan lebih selamat dan kondusif.

Sehubungan itu, kami memohon jasa baik dan keprihatinan tuan/puan untuk menyumbang seikhlas hati.

“Sedekah jariah walau sebesar zarah, menjadi bekal pahala hingga ke akhirat.”

✨ Sumbangan anda, semangat kami! ✨

Sekian, terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.

#smkserimahkotamajujaya
#BOLATAMPARSMKSERIMAHKOTA
#pibgsmkserimahkota