• Main
  • News

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar.

Perlawanan Persahabatan Bola Tampar.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR.

SMK Seri Mahkota vs SMK Bukit Baru.
Tarikh : 1 September 2025.
Hari: Isnin.
Masa: 3.00 PM - 5.00 PM.
Tempat : Gelanggang Bola Tampar SMK Bukit Baru.

Pada 1 September 2025 telah berlangsung satu Perlawanan Persahabatan Bola Tampar antara pasukan bola tampar SMK Seri Mahkota dan SMK Bukit Baru. Pertemuan ini menjadi medan untuk kedua-dua pasukan memperkukuh semangat kesukanan serta meningkatkan tahap permainan masing-masing.

Pasukan SMK Seri Mahkota telah menunjukkan permainan yang cemerlang dengan disiplin dan kerjasama berpasukan yang mantap. Hasilnya, mereka berjaya menewaskan pasukan lawan dengan keputusan 2–0.

Keputusan per set adalah seperti berikut:

Set Pertama : SMK Seri Mahkota (25) – SMK Bukit Baru (15).

Set Kedua : SMK Seri Mahkota (20) – SMK Bukit Baru (10).

Tahniah diucapkan kepada pasukan SMK Seri Mahkota atas kemenangan yang diraih.

Sekalung penghargaan juga kepada SMK Bukit Baru atas semangat kesukanan dan permainan yang baik sepanjang perlawanan ini. Diharapkan pertemuan sebegini akan terus mengeratkan hubungan silaturrahim serta memajukan arena sukan bola tampar di kalangan pelajar.

Murid yang terlibat ialah:

1- MUHAMMAD AFIQ IQBAL BIN ABDULLAH (3 KRISTAL).
2- AFIQ GHAZI BIN KHAIRULANUAR (2 BERLIAN).
3- MUHAMMAD ADAM HAKIMI BIN ABDULLAH (3 ZAMRUD).
4- HAZIQ BIN ROSLAN (3 DELIMA).
5-MUHAMMAD FARISH SALIHIN BIN MOHD KHAIRI (4 UKM).

#serimahkotamajujaya
#1suara1matlamat
#BOLATAMPARSMKSERIMAHKOTA