CERAMAH NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SMK SERI MAHKOTA.
Pada 6 Mac 2026 (Jumaat) yang lalu, warga SMK Seri Mahkota telah berpeluang mengikuti Ceramah Nuzul Al-Quran yang berlangsung di Dataran Perhimpunan sekolah pada jam 8.00 pagi.
Program ini diadakan sempena penghayatan bulan Ramadan bagi menyemarakkan lagi kecintaan terhadap Al-Quran dalam kalangan warga sekolah.
Ceramah yang penuh pengisian ini telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Raffe bin Haji Madon, Guru Agama dari Sekolah Rendah Agama Merlimau Utara, Melaka. Penyampaian beliau yang jelas dan menyentuh hati berjaya menarik perhatian para guru serta murid yang hadir.
Melalui ceramah ini, warga sekolah didedahkan dengan sejarah penurunan Al-Quran (Nuzul Al-Quran) serta kepentingannya sebagai panduan hidup umat Islam.
Program ini juga memberi kesedaran kepada murid tentang pentingnya membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Antara impak utama program ini ialah:
✨ Meningkatkan kefahaman tentang peristiwa Nuzul Al-Quran
✨ Memupuk kecintaan warga sekolah terhadap Al-Quran
✨ Menyedarkan murid tentang kepentingan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup
Diharapkan program seperti ini dapat memberi manfaat serta membentuk sahsiah murid yang berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.
#SMKSeriMahkotaMajuJaya
#1Suara1Matlamat
#IhyaRamadan2026