
HARI TVET 2025.
Program : Hari TVET (Technical, Vocational, Education, Training).
Tarikh: 25 Jun 2025.
Hari: Rabu.
Anjuran :Bidang Teknik dan Vokasional & Unit Kokurikulum SMK Seri Mahkota.
Perasmi: Datuk Seri Haji Mohamad Fazil bin Haji Shafie. (Pengarah Urusan Fazil Group).
Apa tujuan Hari TVET?
Tujuan Hari TVET di sekolah adalah untuk memberi pendedahan dan galakan kepada murid tentang bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Berikut adalah beberapa tujuan utamanya:
1) Meningkatkan Kesedaran:
Memberi kefahaman kepada murid, guru dan ibu bapa tentang kepentingan dan peluang dalam bidang TVET.
2) Mengenalpasti Bakat dan Minat Murid: Membantu murid mengenalpasti potensi mereka dalam bidang kemahiran teknikal dan vokasional seperti automotif, jahitan, kulinari, elektrik dan sebagainya.
3) Meningkatkan Minat terhadap Kerjaya Kemahiran:
Mendorong murid untuk mempertimbangkan laluan kerjaya dalam bidang TVET sebagai pilihan masa depan.
4) Memperkenalkan Program TVET yang Ditawarkan:
Memberi maklumat tentang institusi pendidikan TVET seperti Universiti Teknikal Melaka (UTEM) , Kolej Komuniti, Malaysian International College of Science and Technology (MICOST), Kolej Vokasional, Institut Latihan Perindustrian (ILP), GiatMARA, dan politeknik.
5) Mempupuk Kemahiran Insaniah dan Inovasi:
Menggalakkan kreativiti, kerjasama, dan kemahiran penyelesaian masalah melalui aktiviti amali dan pertandingan kemahiran.
6) Menyokong Matlamat Pendidikan Negara:
Menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berdaya saing.
Pihak sekolah turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Haji Mohamad Fazil bin Haji Shafie kerana sudi hadir merasmikan Hari TVET peringkat sekolah dan dalam masa yang sama menyampaikan sumbangan kepada murid-murid asnaf di sekolah kami.
Tidak lupa juga terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat dalam pameran :
1) Universiti Teknikal Melaka (UTEM).
2) Kolej Komuniti Selandar.
3) Kolej Komuniti Jasin.
4) Giat Mara Jasin.
5) Malaysian International College of Science and Technology (MICOST)
6) Agro Bank.
7) Institut Kemahiran Malaysia (IKM) Jasin.
8) Yayasan Nur Kasih.
9) Fazil Group.
Dan...
Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa penggerak Hari TVET dan semua murid yang bersama-sama memeriahkan Hari TVET peringkat sekolah.
Kita jumpa lagi pada tahun hadapan...
#serimahkota
#haritvet
#Serimahkotamajujaya
#TVETserimahkota